Wahai Hawa...Kenapa engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu ?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya ?
kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya ?
Wahai Hawa…
Sadarlah..
Tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncang dunia,
kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang soleh dan solehah,
kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa..
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa …
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHAYA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
Alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja..
Jadilah anak yang soehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami..
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu..
Didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.
Hawa,
Andai engkau belum bernikah,
Jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa akan janji Rabb kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.
Wahai Hawa…
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa …
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang wara’ tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.
Tetapi hawa …
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang wara’ juga tak mahu bermain cinta s
ebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa …
Jagalah pandanganmu,
Jagalah pakaianmu,
Jagalah akhlakmu,
Kuatkan pendirianmu...
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa …
Cintailah ALLAH..
Dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta
dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan perolehi keridhaan ALLAH TA'ALAA
Cintailah keluargamu,
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa …
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
dapat menggoncang dunia dalam menggapai keridhaan ILAHI.
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
Pesanan Cinta dari Ukhti Aisyatulhumaira "Jilbaber"
From http://to-netty.blogspot.com
Hanya sekadar berkongsi untuk peringatan diri sendiri
Personally, bila melihat nukilan ini
senang untuk mataku melihatnya
lalu senang juga untuk otakku memprosesnya dan cuba menafsirkannya,
tapi senangkah hati aku untuk benar-benar merenungi dan memahaminya?
senangkah anggota badanku untuk melakukannya?
tepukku pada dada bertanyakan diri
menyedari yang diriku ini tersngt sangat jauh sejauh-jauhnya
dari yang sepatutnya ada pada muslimah sejati
mmg macam langit dan bumi la,
tapi jujur
dari sudut hati yang paling dalam sedalam-dalamnya
alangkah inginnya aku menjadi wanita seumpama itu
insyaAllah




0 comments:
Post a Comment