Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ..
Untuk renungan bersama kaum Adam & kaum Hawa.Terdapat EMPAT golongan kaum Adam yang pada hari akhirat kelak akan ditarik masuk menemani kaum Hawa di neraka jahanam.
Mereka ialah:
1. AYAHNYA

Apabila diwaktu hidupnya, seseorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, puasa, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Memberi kemewahan duniawi sahaja tidak memadai. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
p/s: Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah halnya keadaan anak-anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajar mereka bersolat & berpuasa? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.
2. SUAMINYA
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi utk tatapan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami hanya mendiamkan diri walaupun hakikatnya merupakan seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka sesungguhnya dia juga akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
p/s: Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah halnya keadaan isterimu tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika kau tidak menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.
3. ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, abang-abangnya dan saudara lelakinya akan mengalas tanggungjawab menjaga maruah saudara-saudara wanitanya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
p/s: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Adakah dibiarkan sahaja adik-adikmu bergelumang dengan maksiat, tidak menutup aurat? Awasi mereka.
4. ANAK-ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
p/s: Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa,kerana ibumu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa,s elamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


Lihatlah, betapa hebatnya tarikan Hawa bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Maka kepada kaum Adam yang bergelar ayah/suami/abang atau anak, sedarlah! Anda harus memainkan peranan anda. Sesungguhnya anda semua telah diberikan hak dan amanah untuk menjaga para wanita di dunia ini.
Dan kepada kaum Hawa, janganlah kita goyang kaki saja, sedarlah. Jangan kita terus menjadi bebanan kepada kaum Adam kerana sesungguhnya tanggungjawab mereka teramat besar. Sama-samalah kita saling bantu membantu agar aman dunia dan akhirat. InsyaALLAH~
Dan kepada kaum Hawa, janganlah kita goyang kaki saja, sedarlah. Jangan kita terus menjadi bebanan kepada kaum Adam kerana sesungguhnya tanggungjawab mereka teramat besar. Sama-samalah kita saling bantu membantu agar aman dunia dan akhirat. InsyaALLAH~
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."
*diubahsuai dari coretan WANI TWIN







2 comments:
this is a scarry reminder! :o
yupppp, very true indeed
Post a Comment